12 Rabiulawal, tarikh keputeraan junjungan besar Nabi Mohamad SAW. Setiap tahun bila sampai tarikh ini, umat Islam akan menyambutnya dengan majlis sambutan yang dikenali umum sebagai Maulidur rasul. Apakah signifikannya majlis ini dalam syaraiat Islam?. Ada pendapatan yang mengatakan majlis sambutan MaulidurRasul adalah satu perbuatan yang bidaah kerana tidak pernah dilakukan oleh Baginda Rasul SAW. Ada yang mengatakan majlis sambutan ini bukan satu perbuatan yang bertentangan dengan syariat Islam. Jestru, ia sekadar untuk satu majlis yang dilaksanakan untuk memperingatkan kepada ummah Islam agar sentiasa dekat hatinya dan kasih kepada Baginda Rasul SAW. Soalnya, bagaimanakah cara kita untuk mendekatkan hati dan kasih kita kepada baginda?. Sebagaimana disarankan oleh Sunnah Baginda, iaitu menjadikan para ulama sebagai pewaris untuk meneruskan panduan dan tunjuk ajar yang telah diberikan oleh Baginda. Melalui majlis seperti ini, para ulama mestilah mengambil kesempatan dan peluang untuk menyampaikan semula risalah yang telah disampaikan oleh Baginda Rasul SAW sejak beliau lahir sehingga wafatnya. Mudah-mudah Allah SWT ridha dan menerima amal perbuatan kita.

1 comment:

Associate Prof. Hj. Shawal b. Kaslam said...

Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepada Baginda Rasul SAW.